Thursday, May 8, 2014

JODOH PASTI BERTEMU

Assalamualaikum…
Erm..nampaknye dh genap setahun blog ni dibiarkan bersawang semula kan..hehe..maklumlah cikgu asyik bz memanjang..mana sempat nk update blog kan...Tapi,hari ni tiba2 sempat..(sebenarnye bosan sgt rumet tade kt bilik..huhu) Then,tajuk post pun mcm menarik sgttt kan? sdgkan tajuk lagu je pun :P

Sebenarnye saya malas dan malulah jugak nk tulis psl jodoh sbb nanti orang ckp nk kawen sangat ker kan..(orang lain yg nk tgk sangat kot). Tp memandangkan lately ni org2 terdekat saya (kakak/batchmate/senior/exclasmate/rumet/cousin) sudah/bakal bergelar isteri orang,so saya terpanggil nk ckp sket psl JODOH sbb orang2 sekeliling mula bertanya..“Engkau ble pulak?” (sebab yg lg muda ramai mula kawen gara2 xnak posting pedalaman Sabah Sarawak huhu).. dan saya rasa soalan tu lebih susah dijawab drp. soalan  calculus..huhu (mcm terer sgt Maths..hehe)


*Tahniah rumet...umur 23 dh kawen..doakan akak pulak ye :P*

Macam yang kte tahu..jodoh pertemuan..ajal maut semuanya Allah yang tentukan..Sehebat mana pun perancangan kte mahupun cinta dan kesetiaan kte terhadap seseorang,kalau Allah takdirkan takde jodoh,maka tetap takkan dapat disatukan..begitulah sebaliknye kan..

"Allah sebaik-baik perancang"

Mak saya selalu ckp kalau orang tanye tu bermakna orang sayang kte..orang concern psl hidup kte..orang nk tgk kebahagiaan kte..syukurlah kalau niat tulus suci mcm tuh…(thanx a lot sbb sudi amik berat..saya xmarah pun :D) dan saya tahu ble dh dewasa mestilah orang nk tgk kte berkeluarga kan...bukan zaman kanak-kanak ribena yang boleh main kawen olok2..hehe :D

Cuma ape yg boleh dikata ,soal jodoh ni rahsia ALLAH..(bukan tak nak kawen awal..dpt bercinta secara halal ikut syariat n dpt elak dosa). Tak berkahwin tak semestinya kte terlalu memilih walapun memilih tu perlu jugak kan..(cari pasangan bukan macam beli baju kt hypermall,berkenan beli..dh xsuka tukar..huhu)..banyak songeh (reject org yang nak), tak laku atau sebagainya tetapi tak kahwin lg mungkin sbb belum tiba masanya…(tak jumpe lagi yg sesuai dan tak nak pilih cinta yg sia2 & berdosa).



Lagipun soal hati ni susah dimengerti (kita suka orang..orang xsuka kte..cm tu lah sebaliknye)..Tak semestinya yang hensem jadi rebutan..tak semestinya jugak yang kaya dan berharta jd ukuran..Setiap orang berhak membuat pilihan masing-masing berdasarkan kata hati. (tp perempuan kalo berkenan pun takkanlah nk masuk meminang kan? haha). Cuma yang paling penting JANGAN TERLALU memandang luaran sehingga mengabaikan pemilihan dari aspek agama sbb kalau agama cukup,maka cantiklah semuanya..InshaAllah~


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu 
kerana hartanya, kerana keturunannya, 
kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. 
Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama,
 engkau akan beruntung.” 

(Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

*ustaz saya ckp wanita pun boley jadikan hadis ni panduan*


*Tahniah Nazya,my ex-clasmate 5 Intelek '07*

Ckp psl kahwin...Perkahwinan bukanlah sekadar I Luv U..U luv me..We're hepy family (mcm lagu Barney & Friends :D )tapi perkahwinan merupakan sebuah tanggungjawab yg sangat besar..(kena ready utk pikul tanggungjawab tp dh kawen pun automatik akan bertanggungjawab jugak kot).Perkahwinan merupakan salah satu jalan menuju ke syurga.Kehidupan selepas berkahwin amat panjang dan jika kte tak susun dengan cantik dari awal takut2 perjalanan tu jadi goyah dan tak mampu bertahan lama ataupun menuju ke neraka (nauzubillah). Susunan tu pulak tak semestinya dengan adanya rumah,kereta dan wang simpanan yang banyak dalam bank,tp susunan tu lebih tertumpu kepada kesediaan dan tanggungjawab untuk menjadi seorang suami mahupun seorang isteri. (kagum dgn orang yg kawen muda)Pendek kata,apabila seorang lelaki tahu tanggungjawabnya terhadap isteri selepas berkahwin,maka dia akan berusaha untuk melaksanakannya begitu juga dengan isteri.



* Semoga bahagia hingga syurga*

Memang segala-galanya memerlukan duit. Tapi duit bukan segala2nya.Tak semua perempuan bersifat materialistik (biar miskin harta,asalkan kaya jiwa) meskipun hakikatnya dunia sekarang memerlukan duit. Tak mengapa jika seorang lelaki mengahwini seorang wanita jika dia masih tidak mempunyai rumah atau kereta. Apa yang penting ialah dia keinginan untuk bekerja dan mengubah kehidupan keluarganya. Masa depan merupakan satu perjalanan yang masih panjang dan pembinaan masa depan yang baik boleh bermula selepas berkahwin.(yang penting ade effort). Tak semestinya seorang lelaki perlu mempersiapkan bakal isterinya sebuah rumah dan kereta ketika ingin masuk meminang. (tak kata tak perlu,tp bukanlah yg paling utama)


*bukan saya kata :) *

Haa..rasanye perbincangan ni dh lebih kepada soal masa depan kan..takde sangat psl jodoh…psl calon idaman ke..tp yela kan..saya ni xdela demand sangat nak pilih calon suami sebab kalau ikut sangat angan2 memang xkawenlah smpai tua (nak tau boleh pm..haha) Lgpun nak demand pun diri sendiri banyak kekurangan..Yang penting orang tu dapat melengkapi kelemahan saya serta ikhlas menerima saya seadanye..Bukan senang nk jumpa orang yg ikhlas dan setia zaman skang nih..banyak sangat godaan..dan paling2 penting orang tu faham agama (tak semestinya ulama/ustaz/imam ) sbb saya rasa kalau orang tu faham agama maka dya akan mengamalkan segala yang Islam suruh (bukan ustaz pun tp rajin mengaji/boley jadi imam/hafaz surah/jaga batas pergaulan/etc) dan tinggal ape yg dilarang tak kiralah dari segi politik ke..ekonomi..ke sosial ke dan sebagainya…(Islam is the way of life)

Kalau segi rupa,xkesah sgt..asal sejuk mata memandang ok dh..(diri sendiri pun tak cantik sgt nk demand kan tp kalo dpt yg hensem rezekilahh..hehe). Bab kaya pulak,kalau orang lain nk yg kaya,tp sejujurnya saya prefer kekayaan yang datang dari usaha suami isteri kot sbb saya dari kecik dh biase hidup serba sederhana dan berusaha sedaya upaya utk ubah nasib keluarga..so memang saya xkesah..biarlah sama2 berusaha utk bangunkan keluarga sendiri (sama2 berkorban akan lebih menghargai each other) ..bkn sekadar mengharapkan harta ibu ayah.. 

* Semoga bahagia hingga syurga*

Apepun,sume yang ditulis ni hanyalah sekadar impian..walaupun hakikatnye saya sendiri mmg hanye tertarik kpd org yg unik a.k.a pelik (lain dari yg lain)..tp tak semestinya ape yg kte nak tu terbaik utk kte kan? Sesungguhnya Allah jualah yg lebih mengetahui ape yg terbaik utk hamba2Nya..Pendek kata,kalau dh jodoh..sume akan kelihatan indah belaka :D (cinta itu membutakan)

Oklah..sekian sjer dari saya utk kali ni..
Mohon doakan yang terbaik utk saya ye..(terbaik xsmestinya kawen cepat,dpt suami yg kaya,hensem..yg penting complete each other )
Apepun,saya percaya...lambat atau cepat..(24 muda lagi kot:P)
Jodoh pasti bertemu..suatu hari nanti..InshaAllah :D 
(instead of bertanya ble nk kawen,better tlg doakan atau tlg carik calon..haha)


                               *Menunggu Mr.Right turun dari langit*


" To love someone is nothing..
To be loved by someone is something.. 
To be loved by someone u love is exciting.. 
To be loved by Allah is everything "



#nocouplebeforenikah
#emaktaknakanakdyapostingSabahSarawakjugakhuhu

p/s > Apa yang ditulis hanyalah sekadar pendapat peribadi dari sudut pandangan saya sebagai manusia biasa yg serba kekurangan dan tak terlepas drp. kekhilafan..Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dan sesiapa saja berhak memberi kritikan atau komen tentang ape yg ditulis..Sekian ^_^

*Gambar sekadar hiasan..
~~~ Credit to  FLK Photography & Arul J.Photography (some photos)
Highly recommended for the best packages :) 



SUARA PENULIS

BloG niey skdr unTuk penGisiaN & perk0nGsiaN di maSa laPaNG..TiaDa keNa menGeNa denGan individU yanG mAsiH hiDuP aTAu yAnG teLaH meninGGaL dUnia..Jika adE,ia cume kebetuLan semate2-matE...TrimaS (=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...