Assalamualaikum..
Memandangkan skang ni xde idea nk tulis psl ape..
so,hari ni just nk kongsi ttg pesanan Rasulullah
sebelum peristiwa Isra' dan Mikraj...
Artikel ni sye dpt melalui seorang kenalan di fb..
Bismillahirrahmanirrahim..
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut
dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni
oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,
maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai
yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari
mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,
tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,
ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi
yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,
setiap kali dia datang dia akan diusir,
maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita disekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
"Semua manusia akan hancur,kecuali org yg berilmu..
Orang yg berilmu juga akan hancur kecuali yg mengamalkan ilmunya..
Orang yg berilmu & mengamalkan ilmunya juga akan hancur kecuali org yg ikhlas.. Setiap orang yg ikhlas akan selalu menghadapi godaan Syaitan"
(Imam Al-Ghazali)
Renung2kan & slmt beramal :)
SUMBER ASAL :SELANGOR2U.COM
Orang yg berilmu juga akan hancur kecuali yg mengamalkan ilmunya..
Orang yg berilmu & mengamalkan ilmunya juga akan hancur kecuali org yg ikhlas.. Setiap orang yg ikhlas akan selalu menghadapi godaan Syaitan"
(Imam Al-Ghazali)
Renung2kan & slmt beramal :)
SUMBER ASAL :SELANGOR2U.COM
k.skian sjer utk kali neyh..
moge2 entry ni membawa manfaat..insyaAllah..
trimas :)
No comments:
Post a Comment