Maybe ade yang dh tau psl bnde ni..Tp xpelah..sharing is caring kn?
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. BERNAMA
Em..inilah maklumat yg sye dpt dr mSTAR online..Mule2 tu rse mcm tak percaye je..Tp,sbg manusia bese..kte xleyh nafi yg sumenye di tangan Allah..Kadang2 rse geram dan marah sgt sbb ade orang yang sanggup menolak agama dan ikut nafsu utk tukar jantina..tp,ble pk2 kasihan pun ade..maybe ade gangguan emosi dan mental yg dialaminye..entahlah...
Pepun,moge2 Allah mengampuni dosa2 arwah dan menempatkannye dlm kalangan hamba2 yg beriman..Sbg manusia bese,xlayak utk kte hukum seseorang..Sume ni adelah urusan arwah dan pencipta..wallahualam~
2 comments:
same2 lah kter berdoa dan tetapkn lah iman kter...insyallah =)
tulah..inshaAllah :)
Post a Comment